'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Jumaat adalah hari terakhir Sulaiman memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12.
Jumaat adalah hari terakhir Sulaiman memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menggesa dan merayu rakyat di negeri ini supaya terus memberikan sokongan, dukungan serta kerjasama terbaik kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang baharu.

Beliau berkata, sokongan itu sama seperti diberikan kepadanya sebelum ini demi negeri Melaka yang tercinta.

Menurutnya, Jumaat adalah hari terakhir beliau memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 selepas mula menjawat jawatan itu pada 9 Mac 2020.

"Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka yang dikasihi, atas segala sokongan, dukungan, pandangan, cadangan mahupun kritikan diberikan sepanjang melaksanakan amanah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, beliau dan keluarga mendoakan agar seluruh rakyat Melaka terus diberikan keselamatan, keamanan dan kemajuan sebagai sebuah negeri Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghafur.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan Sulaiman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, pada Selasa.

UMNO kemudian mencadangkan nama Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan