Daftar tanda pengenalan haiwan ternakan

Ibrahim Bakri (tengah) dan Ganti (dua, kanan) pada Majlis Dialog Ketua Jajahan Machang dan Ketua-Ketua Jabatan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Kok Kiak.
Ibrahim Bakri (tengah) dan Ganti (dua, kanan) pada Majlis Dialog Ketua Jajahan Machang dan Ketua-Ketua Jabatan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Kok Kiak.
A
A
A

MACHANG - Pendaftaran tanda pengenalan haiwan akan dilaksanakan secara berperingkat di daerah Machang dalam usaha menyelesaikan masalah dan pertikaian hak milik ternakan.

Ketua Jajahan Machang, Ibrahim Bakri Mat Deris berkata, tanda pengenalan haiwan yang memberi identifikasi kekal dapat membantu untuk melaksanakan tindakan undang-undang bagi kes kecurian yang dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, banyak pertikaian yang berlaku membabitkan haiwan ternakan terutama yang dibiar lepas bebas tanpa pemantauan daripada pemilik.

“Pertikaian mula wujud apabila ada kes kecurian, kes merosakkan ternakan dan juga kemalangan jalan raya. Dengan melaksanakan tanda pengenalan haiwan ini, semua masalah itu dapat diatasi.

“Tanda pengenalan ini melibatkan semua haiwan ternakan termasuk lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang mana akan dilakukan secara berperingkat bermula di Mukim Baka,” katanya pada Majlis Dialog Ketua Jajahan Machang dan Ketua-Ketua Jabatan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Kok Kiak di sini.

Mohd Roseli berkata demikian bagi menjawab soalan penduduk mengenai masalah kecurian haiwan ternakan khususnya lembu yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Menurut penduduk, kira-kira 37 kes curi lembu direkodkan di kawasan tersebut sejak tahun lalu dan ia menjejaskan pendapatan penternak.

Artikel Berkaitan: