Sarawak setuju pinda ordinan buruh

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran beramah mesra dengan Lon Kik Ping penjaga kepada anak mangsa seorang daripada tiga pekerja yang terbunuh dalam kejadian letupan gas di Nene Chicken CityOne Megamall 4 Dise lalu ketika menyampaikan faedah PERKESO kepada empat daripada enam anak mangsa di bawah 21 tahun, hari ini. - Bernama
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran beramah mesra dengan Lon Kik Ping penjaga kepada anak mangsa seorang daripada tiga pekerja yang terbunuh dalam kejadian letupan gas di Nene Chicken CityOne Megamall 4 Dise lalu ketika menyampaikan faedah PERKESO kepada empat daripada enam anak mangsa di bawah 21 tahun, hari ini. - Bernama
A
A
A

KUCHING – Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak bagi memastikan keseragaman pelaksanaan undang-undang di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Malah katanya, Abang Johari telah mencadangkan agar jawatankuasa teknikal bersama dibentuk untuk membincangkan perkara berkaitan undang-undang yang telah dipinda dan juga cadangan pindaan tersebut.

"Ketua Menteri (Abang Johari) telah menyatakan sokongan penuh beliau bahawa jika ia untuk kepentingan dan perlindungan buruh di negara ini ia tidak seharusnya dilengahkan dan tidak seharusnya ada penghalang.

"Semua tindakan ini, yang kami sedang rancang untuk dibincangkan dan akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal itu nanti. Kami gembira kerana pembentukan jawatankuasa teknikal akan dilakukan secepat mungkin, " katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Abang Johari di sini hari ini.

Kula Segaran berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang hadir pada mesyuarat hari ini bersetuju memimpin negeri Sarawak, manakala Kementerian Sumber Manusia akan diketuai Setiausaha Bahagian Dasar Betty Hassan dan menambah bahawa keanggotaan jawatankuasa teknikal itu mungkin akan ada empat orang ahli dari setiap pihak.

Sementara itu Kula Segaran berkata, terdapat sembilan akta yang berkaitan dengan sumber manusia di negara ini yang perlu dipinda sebelum tahun 2020 iaitu, Akta Kerja 1955; Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76); Ordinan Buruh (Sabah Bab 67); Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Akta Perhubungan Perusahaan 1967; Akta Kesatuan Sekerja 195; dan Akta Standard – Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Sehingga kini katanya, dua akta telah dipinda iaitu Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 telah diluluskan Dewan Rakyat pada 17 Okt dan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 yang telah dipinda pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata pindaan akta-akta berkenaan perlu bagi memastikan keseragaman pelaksanaan undang-undang di Malaysia dalam konteks persediaan mamatuhi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).- Bernama