Maqis rampas 332kg cacing tanah hidup dari Indonesia

Cacing tanah hidup yang dirampas Maqis di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Rabu.
Cacing tanah hidup yang dirampas Maqis di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 332 kilogram (kg) cacing tanah hidup yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import sah.

Maqis menerusi kenyataan memaklumkan, cacing tanah hidup dibawa dari Indonesia itu ditahan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 3.00 petang Rabu.

Pegawai Maqis memeriksa cacing tanah hidup yang dirampas di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Rabu.
Pegawai Maqis memeriksa cacing tanah hidup yang dirampas di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Rabu.

"Hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguasa Maqis menemukan muatan 25 kotak yang berisi cacing tanah dianggarkan bernilai RM10,300.

"Pihak pengimport didapati gagal mengemukakan permit import Maqis yang sah sebagaimana dinyatakan dalam syarat import," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].