Nurul Izzah perlu buktikan keupayaan bantu negara

Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan daripada banyak pihak.
Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan daripada banyak pihak.
A
A
A

PELANTIKAN Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan daripada banyak pihak.

Ia menyebabkan frasa yang sudah lama terkubur iaitu nepotisme yang dahulunya amat popular ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad kini bagai bara yang marak semula.

Isu ini nampaknya menjadi bola tanggung untuk dimainkan oleh pembangkang yang sememangnya akan mengkritik apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan akan membantu sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Ia kedengaran sudah cukup baik.

Jika kita imbas kembali pengalaman yang berlaku di Amerika Syarikat pada 2017, Donald Trump pernah melantik menantunya, Jared Kushner sebagai salah seorang penasihat kanan White House.

Kushner, 35 tahun, adalah antara individu penting dalam kempen presiden dan peranannya di White House meliputi polisi domestik dan antarabangsa.

Beliau berkahwin dengan anak Trump, Ivanka Trump, merupakan seorang pemaju hartanah yang memiliki pelbagai kepentingan perniagaan.

Para pemerhati pada ketika itu menjangkakan pelantikan Kushner menjadi kontroversi kerana undang-undang nepotisme dan kebimbangan potensi konflik.

Bagaimanapun, ahli-ahli pasukan Trump berhujah bahawa undang-undang sekatan pegawai kerajaan kepada saudara-mara tidak terpakai bagi kedudukan White House.

Mungkin Malaysia juga perlu ada undang-undang nepotisme seperti yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

Berbalik kepada isu pelantikan Nurul Izzah, keputusan sudah pun dibuat dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah beliau perlu membuktikan kemampuan untuk membantu Perdana Menteri dan negara ini.

Nurul Izzah dan Perdana Menteri tidak perlu untuk mengambil peduli apa sahaja yang orang lain kata dan terus bekerja seperti biasa.

Pada masa ini, apa yang penting ialah hasil dan keputusan.

Dan perkara yang paling penting sekali ialah memastikan tahap integriti pentadbiran ini adalah yang paling tinggi selaras dengan perjuangan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sejak lebih 20 tahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'

ARTIKEL BERKAITAN: Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu - Mohd Radzi

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah perlu ada latar belakang khusus sebagai penasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah tak wajar, bawa konflik kepentingan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah layak dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nurul Izzah tidak dibayar elaun - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM