'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'

Gambar kanan: Hamzah
Gambar kanan: Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada seluruh rakyat dan wajar ditarik semula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, meskipun khidmat yang bakal diberikan adalah berbentuk pro bono, namun ia bukan alasan untuk menghalalkan amalan nepotisme dalam kepimpinan.

"Pelantikan ini bukan sahaja tidak wajar, salah serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

“Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.

"Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. 'Walk the talk please',” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hamzah mendakwa, tindakan itu menunjukkan keutamaan Anwar lebih terarah kepada keluarga sendiri berbanding isu rakyat.

"Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia," katanya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan Anwar berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Anwar yang mengesahkan pelantikan itu berkata, beliau mempelawa anaknya itu untuk jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tanpa membayar sebarang elaun kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pelantikan itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'

ARTIKEL BERKAITAN: Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu - Mohd Radzi

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah perlu ada latar belakang khusus sebagai penasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah tak wajar, bawa konflik kepentingan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah layak dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nurul Izzah tidak dibayar elaun - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM