Kanak-kanak OKU terlantar sakit terima MyKad

Rohana bersama cucunya, Nur Aleeya yang menerima MyKad daripada JPN Melaka di rumah mereka di Kampung Bukit Godek pada Sabtu.
Rohana bersama cucunya, Nur Aleeya yang menerima MyKad daripada JPN Melaka di rumah mereka di Kampung Bukit Godek pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Mesikpun diuji dengan keadaan cucunya yang terlantar sakit, namun ia tidak mematah semangat seorang suri rumah untuk terus menjaga Nur Aleeya Amar yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kecacatan fizikal.

Rohana Ariffin, 58, berkata, dia dan suaminya, Latip Baba, 63, mengambil tanggungjawab menjaga anak sulung daripada lima beradik itu setelah ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa bertugas di penjara Kajang.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan itu dilahirkan normal namun didakwa mengalami gegaran otak ketika berada di rumah pengasuh ketika masih kecil.

"Sejak itu saya menjaganya dan memandangkan 5 Januari lalu ulang tahun kelahirannya yang ke-12 tahun, jadi saya fikir perlunya Nur Aleeya membuat MyKad.

"Tapi memikirkan keadaannya yang sukar untuk bergerak saya kemudiannya menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sehari selepas itu pegawai JPN Melaka datang ke rumah sebelum menyerahkan MyKad hari ini," katanya ketika program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Bukit Godek, Semabok pada Sabtu.

Hadir menyerah MyKad kepada Rohana Ketua Pengarah JPN, Datuk Rusli Jusoh.

Pengarah JPN Melaka, Norazalee Sulaiman (kiri) mengiringi Ruslin (dua dari kiri) menyampaikan MyKad kepada Rohana (kanan) ketika program MEKAR di Bukit Godek, Semabok pada Sabtu.
Pengarah JPN Melaka, Norazalee Sulaiman (kiri) mengiringi Ruslin (dua dari kiri) menyampaikan MyKad kepada Rohana (kanan) ketika program MEKAR di Bukit Godek, Semabok pada Sabtu.

Tambahnya, sebelum ini dia tidak mengetahui kewujudan program MEKAR bagi memudahkan waris keluarga membuat permohonan MyKad kali pertama yang mempunyai ahli keluarga terlantar sakit.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ruslin berkata, sebanyak 292,999 permohonan di seluruh negara telah dilaksanakan melalui program MEKAR melibatkan 14,340 program diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sejak program itu diperkenalkan pada 2013.

Menurutnya, ia merupakan pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini layak menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan dengan mudah dan cepat.

Katanya, pada tahun ini JPN turut mensasarkan 100 program seumpama ini dapat dilaksanakan di sepanjang tahun 2023 bagi membantu 300 hingga 400 pemohon di negeri ini.

"Sebelum ini sebanyak 78 program telah dijalankan dan berjaya membantu 212 pemohon dan pada tahun ini kita mensasarkan lebih banyak," jelasnya.