KKDW sedia perangi kemiskinan bandar

Ahmad Zahid bersalaman dengan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli yang turut hadir pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.
Ahmad Zahid bersalaman dengan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli yang turut hadir pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu mempunyai hala tuju dan pendekatan baharu bagi memerangi kemiskinan di dalam bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan baharu yang diwujudkan perlu dibuat tanpa meminggirkan prinsip-prinsip asal kewujudan KKDW.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) umpamanya agensi yang penting dalam KKDW.

"Melalui Akta Mara yang telah dibawa ke Parlimen pada tahun 1966, Mara telah berkembang begitu besar multi dimensional aproach.

"Segalanya dibuat untuk mempertingkatkan empat aspek utama yang menjadi misi kepada Mara iaitu pendidikan, keusahawanan, pengurusan dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata, rakyat harus melihat kadar kemiskinan ataupun garis kemiskinan telah berubah beberapa kali berdasarkan kepada situasi ekonomi semasa dan kuasa beli yang ada pada pengguna.

“Mengikut Jabatan Perangkaan bahawa kumpulan yang berada di bawah garisan pendapatan isi rumah RM2,208 dianggap mereka yang berada di bawah garis kemiskinan.

Artikel Berkaitan:

“Secara relatifnya kemiskinan tidak hanya boleh dilihat di kawasan desa, ia harus dilihat di pinggir bandar, lebih parah lagi kemiskinan dalam bandar.

“Kemiskinan tegar di bandar telah menyamai kemiskinan tegar di desa, perkara ini menjadi perhatian KKDW dan kementerian-kementerian yang lain,” ujarnya.

Malah katanya, Mara mempunyai peranan antara lainya untuk menawarkan kumpulan sasarnya untuk penduduk luar bandar atau mereka yang berasal dari luar bandar tetapi ketetapan untuk tinggal di bandar

"Jadi pertimbangan ini harus dilakukan dalam keadaan itulah bukan sahaja Mara dan beberapa agensi di bawah KKDW seperti Felcra dan Risda dan wilayah-wilayah tidak termasuk Wiayah Persekutuan tentu mempunyai fokus baharu yang harus diketengahkan.

“Di samping agensi-agensi kemasyarakatan seperti Kemas umpamanya yang terus memainkan peranan soal pemimpin pendapat di kalangan masyarakat desa dan separa bandar dan bandar harus dihubungkan,” ujarnya.