Pejabat Perdana Menteri zahir penghargaan kepada Wan Nurzila

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pihaknya akan terus komited dalam memastikan agenda Malaysia Madani diperkasa.

Kata kenyataan itu lagi, segala penyampaian maklumat berkaitan usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan akan terus diperkuat.

Semalam media tempatan melaporkan berlakunya pemecatan Wan Nurzila selaku Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, apabila beliau dikatakan telah diberhentikan dengan notis 24 jam daripada perkhidmatannya.