Bot kelima bawa pelarian Rohingya tiba di Aceh

Pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Ladong menjalani ujian saringan Covid-19. - Foto: AFP
Pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Ladong menjalani ujian saringan Covid-19. - Foto: AFP
A
A
A

BANDA ACEH - Sebuah lagi bot kayu membawa hampir 200 pelarian Rohingya sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak dilaporkan mendarat di pantai barat Indonesia pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa, ia adalah bot kelima membawa kumpulan etnik Muslim itu yang tiba di negara berkenaan sejak November lalu.

“Kesemua mereka termasuk 40 kanak-kanak berada dalam keadaan baik. Terdapat seorang wanita hamil dan empat pelarian Rohingya yang sakit.

"Kami sudah menyelaraskan bersama doktor di sini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan awal terutamanya terhadap mereka yang sakit,” kata ketua polis tempatan, Irwan Ramli.

Difahamkan, bot tersebut berlepas dari Bangladesh pada 10 Disember lalu dan turut berdepan masalah enjin.

Pada tahun lalu, lebih 2,000 pelarian Rohingya dilaporkan nekad menempuh perjalanan berbahaya di laut. - AFP

Artikel Berkaitan: