Sedut keluar segera lebihan pati pewangi

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Ir Zaini Ujang (depan, dua dari kanan) ketika menyelia tapak dan kerja-kerja pemulihan di Hilir Sungai Limau Manis di Kampung Sungai Buah.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Ir Zaini Ujang (depan, dua dari kanan) ketika menyelia tapak dan kerja-kerja pemulihan di Hilir Sungai Limau Manis di Kampung Sungai Buah.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebihan pati pewangi di lokasi kemalangan perlu segera disedut keluar dengan bantuan pihak Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd bagi memastikan bahan tercemar tidak terus merebak ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi yang dihenti tugas sejak jam 2 pagi Sabtu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara cadangan lain adalah menggunakan bahan jerap jenis ‘activated carbon’ untuk mengurangkan kesan bau pada air mentah di Sungai Limau Manis dan menghentikan operasi muka sauk LRA Sungai Semenyih sehingga kesan bau hilang sepenuhnya.

Selain itu, usul lain termasuklah melepaskan air dari Empangan Semenyih untuk mencairkan kesan cecair pewangi dan memantau kualiti air di hulu muka sauk LRA Sungai Semenyih secara kerap.

Menurut kenyataan itu, jangkaan waktu pemulihan belum dapat dipastikan kerana air mentah di lokasi perlu diuji dan mesti berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali ujian sebelum ia boleh digunakan sebagai sumber air untuk diproses.

“Sehingga jam 5 petang tadi, bau masih dikesan dengan kadar 4 TON. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada pengguna oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dari masa ke masa.

"Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut di aplikasi Air Selangor, saluran sosial media Air Selangor mahupun dengan menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas bermula jam 2 pagi Sabtu berpunca daripada bahan cecair berupa pati pewangi yang mengalir masuk ke alur air hingga menyebabkan berlakunya pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah, Jenderam Hilir, Sepang, Selangor.

Susulan itu, sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Zaini ketika mengadakan tinjauan di Hilir Sungai Limau Manis di Kampung Sungai Buah.
Zaini ketika mengadakan tinjauan di Hilir Sungai Limau Manis di Kampung Sungai Buah.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kesemua agensi berkaitan seperti SPAN, Jabatan Alam Sekitar (JAS), IWK, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor telah berada di tapak bagi menjalankan siasatan dan kerja-kerja mengawal bahan tercemar daripada terus merebak.

“Pihak operator iaitu Air Selangor telah mengambil langkah segera dengan menutup kesemua pintu bendungan air dalam usaha memastikan tiada bahan tercemar masuk ke dalam loji melalui kaedah mengalirkan kesan yang ada ke hilir bagi tujuan bilasan.

“Pihak IWK pula telah berada di lokasi pencemaran bagi menjalankan kerja-kerja nyah enap cemar sebagai langkah segera bagi memastikan pencemaran dapat dikawal.

“Dalam masa sama, Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki agihan bagi memastikan kelangsungan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas terutama di premis tumpuan awam seperti hospital,” katanya pada Sabtu.