Tanah runtuh: Polis panggil pengurus tapak perkhemahan

Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto: Bernama
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto: Bernama
A
A
A

HULU SELANGOR - Polis akan memanggil pengurus tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini bagi membantu siasatan berkaitan tragedi tanah runtuh pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk dirakam keterangan pada Sabtu.

"Kita akan panggil pengurus berkenaan untuk tindakan susulan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.

Setakat jam 2 petang pada Sabtu, 61 mangsa ditemukan selamat, 23 meninggal dunia dan 10 mangsa lagi masih dilaporkan hilang.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan tiga tapak perkhemahan di kawasan itu yang diusahakan sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen sejak 2020.

Ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Artikel Berkaitan: