Tanah runtuh: Enam mangsa maut dikenal pasti

Pemandangan atas kawasan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, hari ini. - Foto Bernama
Pemandangan atas kawasan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengeluarkan senarai enam nama mangsa meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di kejadian Tanah Runtuh Jalan Genting Highland - Batang Kali pada pagi Jumaat.

Lima daripadanya merupakan orang dewasa dengan kesemuanya adalah perempuan manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Mangsa meninggal dunia ialah Lim Wei Xin, Hong Mei Jin, Nurul Azmani, Lai Lee Yin, Lai Lee Koo manakala seorang kanak-kanak ialah Tong Kai.

"Enam daripada 21 mangsa yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian 'finger printing'.

"Proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan," menurut Nadma dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Senarai mangsa dikenal pasti tersebut adalah setakat jam 7 pagi tadi.

Kenyataan akhbar oleh Nadma pada Sabtu.
Kenyataan akhbar oleh Nadma pada Sabtu.

Dalam pada itu, kenyataan sama turut berkongsikan senarai lapan mangsa yang dirawat di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Dua mangsa dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu iaitu Ng Wei Lun, 13; Mg Tan, 31 dan Sandy Cheah, 32 sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu mangsa lain masih mendapatkan rawatan di wad di Hospital Selayang ialah Yam Lee Yen, 41; Tan Ei An, 43; Choo Wait Lun, 34 dan Loh Teng Shui, 44.

Seorang lagi mangsa ditempatkan di wad Hospital Kuala Lumpur ialah Ling Zi Zua, 19.

Setakat jam 1.30 petang Sabtu, jumlah mangsa meninggal dunia dalam insiden tersebut adalah seramai 23 orang dengan 10 lagi masih hilang.