‘Perjalanan basmi kemiskinan haid sangat panjang’

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini berkata, pemberian tuala untuk memerangi kemiskinan haid itu sepatutnya diberikan kepada wanita yang tidak berkemampuan untuk membelinya. (Gambae kecil: Dr Nurul Ashikin)
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini berkata, pemberian tuala untuk memerangi kemiskinan haid itu sepatutnya diberikan kepada wanita yang tidak berkemampuan untuk membelinya. (Gambae kecil: Dr Nurul Ashikin)
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi menyifatkan perjalanan bagi membasmi kemiskinan haid adalah sangat panjang dan penuh cabaran.

Bagaimanapun katanya, dapat dilihat kini bahawa kerajaan mula cakna mengenai isu kemiskinan haid.

“Buktinya, kerajaan Selangor sudah umumkan dana peruntukan RM200,000 dan pemberian tuala wanita percuma.

“Kementerian Kesihatan juga sudah umumkan bahawa akan mula membasmi kemiskinan haid dengan pemberian tuala wanita di pejabat menteri walaupun pada saya isu ini akan lebih meluas kalau kita menyediakan di sekolah-sekolah kawasan pedalaman atau klinik-klinik kesihatan di desa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial Pejuanita Muda Malaysia pada Khamis.

Tambah Nurul Ashikin, sikap orang ramai yang mula sedar tentang isu ini adalah satu langkah yang positif dan baik.

“Kepada anda semua, teruskan bercakap mengenai isu kemiskinan haid.

“Isu ini memang benar. Ada ramai remaja dan wanita yang tidak mampu beli tuala wanita.

Artikel Berkaitan:

“Saya mencadangkan kita terus basmi kemiskinan haid dan pastikan isu ini sentiasa berkumandang,” katanya.

Tegasnya, ia supaya kerajaan lebih mengambil berat untuk membasmi kemiskinan haid.