Reka kerusi nenek bawa tuah

 Darani (tiga dari kanan) dan Felisse (dua dari kanan) dengan rekaan projek Hybrid Stix N Stool yang berjaya membawa pulang pingat emas.
Darani (tiga dari kanan) dan Felisse (dua dari kanan) dengan rekaan projek Hybrid Stix N Stool yang berjaya membawa pulang pingat emas.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Ciptaan kerusi nenek oleh murid tahun 3 membolehkan dia dan rakannya membawa pulang pingat emas dalam pertandingan 8th Malaysia International Young Inventors Olympiad di sini, hari ini.

Darani Rajasinggam, 9 dan rakannya, Felisse Tan Zhi Xun, 12, mencipta Hybrid Stix N Stool menerusi bimbingan guru Khor Pei Theng dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min, Kulim, Kedah.

Projek yang dilengkapi kemudahan tongkat, lampu dan boleh digunakan untuk duduk itu diilhamkan daripada keadaan nenek Darani yang sukar untuk berjalan berjaya menarik perhatian juri pada pertandingan yang melibatkan 259 penyertaan projek.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia, Shamsuddin Mustapha berkata, pertandingan dihoskan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani itu menawarkan 82 kategori pingat emas, 98 pingat perak dan 79 pingat gangsa.

"Pertandingan kali ke-8 itu menerima paling banyak penyertaan iaitu membabitkan 259 penyertaan projek merangkumi 158 projek dari pasukan Malaysia dan 101 penyertaan projek luar negara.

Pasukan Sekolah Menengah Sains Sabah dan pasukan dari Thailand masing-masing memenangi anugerah projek terbaik bagi kategori Malaysia dan luar negara.
Pasukan Sekolah Menengah Sains Sabah dan pasukan dari Thailand masing-masing memenangi anugerah projek terbaik bagi kategori Malaysia dan luar negara.

“Malaysia berjaya membawa pulang 51 pingat emas, 72 pingat perak dan 35 pingat gangsa di mana penyertaan dari Malaysia termasuk 152 penyertaan SBP, 6 penyertaan sekolah biasa dan satu sekolah rendah,” katanya.

Menurutnya, penganjur mengharapkan lebih banyak penyertaan dari sekolah harian dan sekolah rendah selepas ini sebagai pendedahan untuk meningkatkan potensi, kemahiran, inovatif, kreatif dan kemampuan pelajar dalam penghasilan projek baharu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam pertandingan tersebut, projek terbaik dimenangi pasukan dari Sekolah Menengah Sains Sabah bagi kategori penyertaan dalam negara manakala pasukan dari Thailand dipilih bagi kategori penyertaan luar negara.

Antara negara lain terlibat termasuk Tajikistan, Turkmenistan, USA, Indonesia, Kyrgyzstan, Iraq, Nigeria dan Filipina.