PN Perak tidak bercadang rangka bajet alternatif

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A
TAIPING - Perikatan Nasional (PN) Perak tidak bercadang merangka bajet alternatif di negeri ini.

Timbalan Pengerusi PN 1 Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya menunggu pembentangan bajet yang akan dibuat kerajaan perpaduan Perak.

“Kita akan tengok dan kita akan teliti bajet yang akan dibentangkan kerajaan negeri nanti supaya ia benar-benar berfaedah kepada pembangunan dan kepentingan rakyat.

“Kalau bajet yang tidak perlu apabila dibentangkan kita akan tanya kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-15 akan diadakan pada 19 Disember bagi pembentangan Bajet 2023.

Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, pihaknya mempunyai peranan masing-masing sebagai pembangkang di negeri ini.

“Kita terima suasana politik yang mewujudkan ketiadaan harmoni kerana salah satu perjuangan Pas adalah mempertahankan perlembagaan negara,” katanya.

Selain itu, Razman berkata, tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu juga akan dipertahankan.

Artikel Berkaitan: