Agong, Raja-Raja Melayu adakan Mesyuarat Khas esok

Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada Khamis.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan gong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak(GPS) secara berasingan di Istana Negara, pada pagi hari ini.

"Sesi-sesi menghadap it adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (Datuk Seri Anwar Ibrahim ) dan Perikatan Nasional (Tan Sri Muhyiddin Yassin) secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam.

"Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik kepada Istana Negara semalam (Rabu) didapati bahawa tada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, titah menghadap itu adalah selaras dengan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan supaya Al-Sultan Abdullah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan sama, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda turut menasihatkan agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

"Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka, terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata," katanya.

Ujarnya, Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

Pada Selasa, Seri Paduka Baginda menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.

Bagaimanapun, setakat jam 2 petang ini, hanya tiga pemimpin BN diketuai Pengerusinyq, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Istana Negara.

Ia disusuli beberapa pemimpin GPS antaranya, Datuk Seri Fadhillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan beberapa lagi yang tidak dapat dipastikan.

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Walaupun PH dan PN masing-masing sebelum ini menyatakan keyakinan memperoleh sokongan mencukupi, namun keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pagi Selasa menjawab segalanya.

BN yang dilihat menjadi 'king maker' membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan, sekali gus menyukarkan PH dan PN mencapai majoriti mudah 112 sokongan ahli Dewan Rakyat.