Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong

Al-Sultan Abdullah menerima menghadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara pada jam 11.30 pagi Jumaat.
Al-Sultan Abdullah menerima menghadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara pada jam 11.30 pagi Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara pada jam 11.30 pagi Jumaat.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai program-program dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

YKM bertanggungjawab membantu anak-anak yatim yang kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 dan ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya serta bencana yang lain dari aspek kebajikan dan pendidikan.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai program-program dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).
Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai program-program dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

"Patik menjunjung kasih di atas kesudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tuanku untuk mencemar duli berangkat ke program YKM khususnya untuk bersama anak-anak yatim dalam waktu terdekat.

"Patik juga menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menerima patik menghadap dan atas keprihatinan Tuanku untuk membantu anak-anak yatim YKM," katanya.

Beliau turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah sentiasa dirahmati ALLAH SWT, sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!