MyBHA gesa kerajaan tangani ancaman industri pelancongan

MyBHA gesa kerajaan baharu yang dibentuk menyelesaikan ancaman industri perhotelan dan pelancongan yang terjejas teruk pasca pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar. Gambar kecil: Sri Ganesh Michiel
MyBHA gesa kerajaan baharu yang dibentuk menyelesaikan ancaman industri perhotelan dan pelancongan yang terjejas teruk pasca pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar. Gambar kecil: Sri Ganesh Michiel
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) mahu mana-mana gabungan yang membentuk kerajaan baharu menyelesaikan ancaman-ancaman industri perhotelan dan pelancongan yang terjejas teruk pasca pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar.

Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, perkara utama yang perlu dilaksanakan adalah memperkenalkan rang undang-undang dalam mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek dan semua jenis Agensi Pelancongan Dalam Talian.

Menurutnya, perkara itu telah gagal diselesaikan atau dilaksanakan oleh pihak kerajaan terdahulu.

"Kami berharap kerajaan yang stabil dapat ditubuhkan dengan kadar segera untuk memastikan kemampanan dan pemulihan industri perhotelan dan pelancongan yang telah terjejas.

"Suatu keadaan politik mahupun kerajaan yang kurang stabil akan memberi kesan kepada industri perhotelan dan pelancongan lebih-lebih lagi ia merupakan suatu industri yang harus dititik beratkan oleh kerajaan dalam membantu ia mampu bertahan dan pulih secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, penyelesaian ancaman industri perhotelan dan pelancongan telah tertangguh itu perlu demi mendapatkan kembali pendapatan negara yang telah hilang.

"Kami mengharapkan supaya kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan kerajaan yang stabil serta dapat menyelesaikan semua ancaman terhadap industri perhotelan dan pelancongan yang tertangguh sekian lama.

"Selain berusaha untuk mendapatkan kembali cukai-cukai yang telah hilang atau ketirisan hasil berpunca daripada ancaman-ancaman yang wujud," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: