Banjir: 3,546 mangsa masih ditempatkan di 39 PPS

PPS - Foto hiasan
PPS - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 3,546 mangsa banjir daripada 1,047 keluarga ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara yang dibuka sehingga jam 12 tengah hari pada Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, tiga PPS telah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang di daerah Pasir Mas, Kelantan, Surau Kampung Padang Serai Dalam di daerah Larut, Perak dan Dewan Tun Haji Mustapa di daerah Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan itu, terdapat 11 PPS baharu telah dibuka iaitu dua di Raub, Pahang, satu di daerah Larut Matang dan Selama serta tujuh di Selangor.

"Sebanyak 13 stesen sungai di seluruh negara menunjukkan bacaan aras air berada di paras bahaya setakat jam 4 petang.

"Kawasan itu melibatkan dua di Sarawak (Long Teru dan Marudi, Miri) dan lima di Selangor iaitu Sungai Binjai di Pekan Meru, Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Sungai Langat di Bukit Changgang, Dengkil dan Jenderam Hilir," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, negeri yang mencatatkan satu kawasan yang terlibat adalah di Pahang iaitu Sungai Serting di jambatan Pantai Gudang Bera; Kuala Selangor di Sungai Selangor, Rantau Panjang; Johor di Sungai Lenik, Segamat dan di Negeri Sembilan hanya Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol.

"Di Melaka pula sungai yang merekodkan air di paras bahaya ialah Sungai Melaka di Alor Gajah dan Melaka tengah," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, susulan daripada hujan lebat Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaporkan sebanyak tujuh kawasan cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, dua jalan mendap dan dua tempat dimaklumkan terdapat kejadian jambatan rosak dan runtuh sehingga jam 2 petang hari sama.

Artikel Berkaitan:

"Kejadian tersebut telah berlaku di dua daerah negeri Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan manakala satu daerah di Perak, Melaka, Terengganu dan Johor. Semua kawasan itu masing melibatkan 10 jalan persekutuan dan negeri.

"Oleh itu, pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa peka amaran dan rujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan," kata kenyataan itu.