Mangsa banjir di Selangor terus meningkat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu operasi dan menyelamat mangsa yang dilanda banjir pada Khamis.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu operasi dan menyelamat mangsa yang dilanda banjir pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat kepada 1,166 mangsa membabitkan 282 keluarga setakat jam 2.30 petang Khamis.

Smart Selangor Operation Centre (SSOC) Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak tujuh daerah di negeri ini terjejas dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan itu, daerah Petaling mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila merekodkan 606 mangsa daripada 136 keluarga.

"Ini diikuti Klang dengan 301 mangsa daripada 76 keluarga manakala di daerah Kuala Selangor pula merekodkan seramai 116 mangsa daripada 37 keluarga serta daerah Sepang 22 mangsa daripada 15 keluarga.

"Seterusnya daerah Hulu Langat menempatkan 52 mangsa daripada 12 keluarga dan lima mangsa daripada dua keluarga di daerah Sabak Bernam serta daerah Kuala Langat membabitkan tiga mangsa daripada satu keluarga," kata kenyataan itu.

Sehingga kini sebanyak 18 PPS dibuka di tujuh daerah terbabit dengan empat daripadanya di daerah Sepang.

Kenyataan itu memaklumkan, sebanyak tiga lagi PPS dibuka di daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat manakala dua lagi PPS di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Sebanyak satu PPS dibuka di daerah Kuala Langat manakala dua lagi daerah di negeri ini iaitu Gombak dan Hulu Selangor tidak merekodkan sebarang mangsa serta tiada PPS dibuka," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: