83 kawasan terjejas banjir di Selangor

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar Dengkil, Selangor pada Khamis.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar Dengkil, Selangor pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 83 kawasan terjejas akibat banjir membabitkan tujuh daerah di seluruh Selangor pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, daerah itu adalah Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Menurutnya, bagi daerah Klang sebanyak 45 kawasan yang terjejas manakala sembilan di Petaling, Hulu Langat (6), Kuala Langat (3), Kuala Selangor (3), Sabak Bernam (5) dan Sepang (12).

"Setakat ini, sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Dewan Camelia Putra Heigh, Masjid Putra Height, Surau Mutawakkil, Masjid Kampung Johan Setia, Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Masjid An-Nur Naim, Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih dan Balai Raya Pekan Bangi Lama.

"Selebihnya adalah di Dewan MPKK Kampung Semerang, Dewan Orang Ramai Jenderam, Dewan Taman Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Dewan BNO serta Dewan Simpang 5," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Penduduk memindahkan barangan rumah ke tempat lebih selamat susulan kejadian banjir pada Khamis.
Penduduk memindahkan barangan rumah ke tempat lebih selamat susulan kejadian banjir pada Khamis.

Norazam berkata, mangsa yang ditempatkan di PPS adalah seramai 1,173 orang melibatkan 276 keluarga.

Beliau berkata, operasi ini melibatkan 226 keanggotaan bomba, 29 aset bot serta 14 jentera.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini situasi banjir adalah terkawal dan beransur surut. Hanya beberapa kawasan sahaja banjir statik. Pemantauan melalui rondaan berkala dan juga berdasarkan cuaca dilaksanakan untuk sebarang kemungkinan," ujarnya.

Antara kawasan terjejas banjir di sekitar Dengkil, Selangor pada Khamis.
Antara kawasan terjejas banjir di sekitar Dengkil, Selangor pada Khamis.