Yayasan Atfal Jannah bantu 100 pelajar mangsa banjir

Yayasan Atfal Jannah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir di Kampung Bentong, Kluang pada Sabtu.
Yayasan Atfal Jannah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir di Kampung Bentong, Kluang pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Simpati dan prihatin dengan nasib 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari tiga buah kampung di sini yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini, Yayasan Atfal Jannah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.

Sumbangan baucar bernilai RM150 itu untuk setiap seorang berbelanja di Pasar Raya Hari Hari di sini disampaikan pihak Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Johor di tiga kampung terbabit pada Sabtu.

Pengerusi Pekasih Johor, Jaafar Matek berkata, sumbangan tersebut melibatkan 47 penerima dari Kampung Bentong, 45 dari Kampung Palembang dan lapan dari Kampung Yap Tau Sah.

"Sumbangan ini bagi membantu keluarga pelajar berkenaan yang terlibat banjir.

"Kita sedar mereka mengalami saat yang sukar ketika ini terutama dalam menghadapi bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan menyambut kedatangan Syawal.

"Kita harap kerjasama antara Yayasan Atfal Jannah dengan Pekasih Johor akan dapat diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.