Dipaksa jadi 'scammer', dipukul guna kayu renjatan elektrik

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
IPOH - Seorang remaja yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia menerusi sindiket penipuan pekerjaan, terkandas di Myanmar sejak Mei lepas dan turut dipukul dengan kayu renjatan elektrik.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Madam Chong, 61, berkata, dia mengetahui cucunya ingin bekerja di Thailand, namun terkejut apabila diberitahu bahawa dia dibawa ke Myanmar.

"Cucu saya iaitu Yang, 19, menghubungi melalui Facebook Messenger meminta tolong untuk pulang ke Malaysia, namun syarikat sindiket tersebut mahukan wang pampasan lebih RM115,000,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Beliau berkata, cucunya sudah berada di sana kira-kira enam bulan dan diarahkan untuk melakukan kerja memperdaya orang atau sebagai ‘scammer’ secara dalam talian.

"... jadi cucu saya dipukul menggunakan kayu renjatan elektrik,” katanya.



Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan berkata, pihaknya telah membawa Madam Chong membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Isnin.
Artikel Berkaitan:


"Kami akan mengumpulkan maklumat dan panjangkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) serta kedutaan Myanmar agar pihak berkenaan dapat bertindak,” katanya. - Bernama