Satu lagi PPS dibuka di Segamat

Suasana di Dewan Komuniti Tasek yang dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir kilat bagi daerah Segamat.
Suasana di Dewan Komuniti Tasek yang dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir kilat bagi daerah Segamat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Komuniti Tasek pada Ahad, susulan peningkatan mangsa banjir kilat di daerah Segamat.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), setakat 1 tengah hari Ahad, seramai tujuh lagi mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak telah ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka mulai 12 tengah hari.

“Setakat 12 tengah hari Ahad seramai 39 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung atu Badak dan Kampung Batu 5 yang terjejas akibat banjir kilat ini telah ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.

“Dalam masa sama, Balai Raya Kampung Kuala Paya turut dibuka bagi menempatkan empat lagi mangsa daripada satu keluarga dari Kampung Kuala Paya menjadikan seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga.

"Namun pada 1 tengah hari, Ahad, seramai tujuh lagi mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di Dewan Komuniti Tasek pada Ahad dan menjadikan 15 keluarga semuanya," menurut kenyataan berkenaan.

Pembukaan PPS di Dewan Komuniti Tasek itu menjadikan tiga PPS telah dibuka setakat ini bagi menempatkan mangsa banjir kilat di di daerah berkenaan selain Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya.

Banjir kilat berkenaan dipercayai berlaku disebabkan limpahan air sungai 2 November lalu hingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas dan beberapa rumah dinaiki air.

Artikel Berkaitan: