Rebut lokasi: MPKB-BRI panggil peniaga, pemaju

Dr Izani (dua, kiri) berbual dengan penderma darah di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, hari ini
Dr Izani (dua, kiri) berbual dengan penderma darah di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, hari ini
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan memanggil wakil peniaga dan pemaju dalam satu rundingan aman, Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, masalah ini timbul kerana mereka tidak mahu mengalah dan menuntut lokasi tersebut tanpa merujuk dengan MPKB-BRI.

“MPKB-BRI mengakui ada mengeluarkan kelulusan dan lesen kepada peniaga di Lembah Sireh pada 28 Februari lalu namun ia tidak merujuk kepada lokasi yang menjadi perebutan tersebut.

“Kita anggap mereka mungkin pilih lokasi itu sebab kedudukannya yang strategi,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin. Memandangkan dua pihak ini menuntut hak yang sama maka beliau berkata, pihaknya akan menyiasat status lokasi itu, sama ada ia berada di rizab jalan atau dimiliki oleh pemaju.

Katanya, perkara berkenaan akan diputuskan kemudian dan menasihati semua pihak supaya merujuk dengan MPKB BRI kerana ia membabitkan isu pelesenan perniagaan. Beliau juga berharap, semua pihak bertenang dan menyelesaikan isu ini secara berhemah.

Semalam media melaporkan seramai 60 peniaga kecil di Lembah Sireh, di sini merayu pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah mereka yang dihalang daripada berniaga sejak seminggu lalu oleh sebuah syarikat pemaju.

Artikel Berkaitan: