[VIDEO] Menang Kota Lama, Amanah jawab isu pengkhianat Islam, keldai DAP

A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Samad menegaskan kemenangan Dr Hafidzah Mustakim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada pilihan raya negeri (PRN) ini menjawab tohmahan dilemparkan ke atas pihaknya yang menuduh parti itu sebagai pengkhianat Islam dan keldai DAP.

Beliau berkata, tidak kesemua rakyat di negeri ini, minda dan pemikiran mereka dibelenggu dengan dakyah 'wajib pilih Pas kalau tidak tolak Islam'.

"Kesanggupan rakyat untuk menerima calon Amanah mewakili PH (Pakatan Harapan) kali ini menunjukkan semakin ramai memahami soal pilihan raya adalah tentang kita hendak serah amanah, pentadbiran kepada yang layak dan mampu.

"Kota Lama sebagai tapak untuk memulakan kepimpinan, corak pentadbiran dengan memecahkan belenggu pemikiran taasub kepada parti," katanya semasa sidang akhbar Amanah Kelantan di sini pada Isnin.

Hadir sama wakil rakyat DUN Kota Lama, Dr Hafidzah.

Khalid (kiri) bersama Dr Hafidzah (tengah) semasa sidang akhbar Amanah Kelantan di Kota Bharu.
Khalid (kiri) bersama Dr Hafidzah (tengah) semasa sidang akhbar Amanah Kelantan di Kota Bharu.

Ujar Pengarah Komunikasi Amanah Nasional itu, Kelantan tetap menjadi tumpuan pihaknya kerana parti itu tidak rela melihat serambi Makkah terus mundur disebabkan kerana pemerintahan yang tidak faham tanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi kemenangan kepada calon PH, semua petugas PH dan Barisan Nasional (BN) yang bertungkus lumus dalam PRN kali.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka akan terus mengembangkan lagi pengaruh untuk permulaan ke arah Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Kita akan usahakan untuk memantapkan dan mengembangkannya," ujar beliau.

Pada PRN Sabtu lepas, Dr Hafidzah membuat kejutan merampas kerusi DUN Kota Lama daripada Pas apabila menang dengan majoriti tipis 202 undi.

Beliau memperoleh 9,691 undi menewaskan calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi; calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Boon Kian (126) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85 undi).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!