'Mereka sudah lama dipecat jika saya serius' - Ismail Sabri

Ismail Sabri (empat dari kanan) ketika melawat gerai pameran sempena Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor pada Rabu.
Ismail Sabri (empat dari kanan) ketika melawat gerai pameran sempena Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor pada Rabu.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya berseloroh mengenai kemampuannya memecat 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen.

Menurutnya, sekiranya beliau serius dengan kenyataan itu sudah pasti menteri PN sudah lama dipecat daripada kabinet.

"Saya berseloroh atau serius? Kalau saya serius dia sudah kena pecat.

"Dia masih ada dalam kabinet saya lagi, maksudnya saya berseloroh,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor di sini pada Rabu.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad membidas kenyataan Ismail Sabri yang ingin memecat menteri dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pembubaran Parlimen.

Beliau berkata, Ismail Sabri tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa kerana menteri kabinet boleh meletak jawatan lebih awal kerana mempunyai maruah.

“Perkataan seperti ‘pecat menteri’ walaupun itu kenyataan gurau dan sinikal, tidak perlu dicakapkan dalam program politik.

“Memang kita tahu Perdana Menteri mempunyai kuasa ‘hire and fire’ (lantik dan pecat), namun kami pun ada maruah. Tidak perlu pecat kami, kami pun boleh letak jawatan lebih awal,” katanya.

Artikel Berkaitan: