Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR

Anwar (tengah) bergambar bersama sebahagian kepimpinan dan ahli PKR pada Konvensyen PKR Kedah 2026 di sini hari ini. - Foto: Bernama
Anwar (tengah) bergambar bersama sebahagian kepimpinan dan ahli PKR pada Konvensyen PKR Kedah 2026 di sini hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kedah menjadi contoh kubu terbaik kepada semua pergerakan parti itu di negeri lain.

Perdana Menteri berkata, beliau melihat Kedah berpotensi untuk ditawan semula berdasarkan keupayaan parti pada masa ini yang disifatkan berada pada tahap terbaik.

"Kedah telah menunjukkan keupayaan dan potensi yang baik. Kawasan negeri dan Parlimen yang pernah kita tawan perlu dipertahankan kerana negeri ini pernah muncul sebagai kubu terawal buat PKR.

"Parti mesti utuh. Saya mahu mulakan dengan Kedah. Semua mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) selepas ini perlu hadir bukan sebab presiden hadir … selepas itu, saya mahu tengok sama ada dapat diteruskan dengan baik atau tidak,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau memberikan kepercayaan kepada kepimpinan parti pada peringkat cabang dan ranting yang merupakan asas kekuatan PKR serta mahu semua pihak bekerja secara berpasukan dengan baik.

"Saya beri kepercayaan kepada setiap ketua cabang yang dipilih ahli-ahli, saya hormat mereka dan saya juga harap mereka hormat saya, jangan ada permasalahan selepas itu,” kata beliau.

Anwar berkata, semua ahli perlu menghormati barisan kepimpinan yang telah dipilih serta menyantuni setiap pergerakan pada peringkat wanita, pemuda dan veteran.

"Hormat sesiapa sahaja yang dipilih, kerja sebagai satu pasukan. Saya percaya dengan kekalutan parti lain, serta rekod kita mengurus negara dari segi tatakelola dan perkembangan ekonomi ketika ini, Keadilan akan bangkit sebagai kekuatan baharu yang hebat,” kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap ahli baharu disarankan menyertai program serta latihan parti bagi menambah kredibiliti masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Ahli baharu perlu diterima dan mengikuti program parti, manakala ahli lama pula akan diberi panduan bagi memperkukuh organisasi. Kejayaan parti bukan bergantung pada ahli sahaja, tetapi juga kerjasama peringkat pimpinan kerana yang penting parti kita menang,” kata beliau.

Kedah ketika ini ditadbir kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - Bernama

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Anwar Ibrahim mahu Kedah menjadi kubu terbaik PKR di negeri lain
  • Kedah berpotensi untuk ditawan semula oleh PKR
  • Anwar memberi kepercayaan kepada kepimpinan parti di peringkat cabang dan ranting
  • Semua ahli PKR perlu menghormati dan bekerjasama dengan kepimpinan yang dipilih
  • Kerjasama dan program latihan ditekankan untuk meningkatkan kredibiliti ahli PKR

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!