Hamzah tenang selepas dipecat, titip mesej 'ALLAH sebaik-baik perancang'

Gambar yang dimuat naik Hamzah di laman Facebook pada Jumaat
Gambar yang dimuat naik Hamzah di laman Facebook pada Jumaat
A
A
A

SHAH ALAM – Selepas beberapa jam dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat tenang apabila memuat naik hantaran ringkas di laman media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Larut itu turut memuat naik sekeping gambar bersama beberapa pemimpin utama Pas dan Bersatu.

“Alhamdulillah. Minum petang di Rusila. ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang,” katanya.

Turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hamzah ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman; Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat Hamzah serta 16 lagi ahlinya selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan parti.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia
  • Hamzah memuat naik hantaran tenang di media sosial selepas pemecatan
  • Beliau berkongsi gambar minum petang bersama pemimpin Pas dan Bersatu di Rusila
  • Gambar tersebut menampilkan beberapa pemimpin kanan Pas dan Bersatu
  • Pemecatan Hamzah dan 16 ahli lain Bersatu berdasarkan Fasal 22.5 Perlembagaan parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!