Apa sudah jadi? FB Bersatu papar poster ‘Undur Muhyiddin’

SHAH ALAM – Beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula sekitar jam 6 petang Jumaat menimbulkan tanda tanya apabila kandungannya dilihat seolah-olah bercanggah dengan keputusan parti berhubung pemecatan beberapa ahlinya.
Situasi itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penyokong apabila mesej yang dipaparkan tidak selari dengan pendirian rasmi parti yang sebelum ini mengumumkan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Terbaharu, pengendali laman sosial itu telah mengemas kini ‘banner’ muka depan dengan poster tertera ‘UNDUR MUHYIDDIN’.
Selain itu, turut dimuat naik satu status yang ditujukan kepada Ketua Penerangan Bersatu dengan memetik dialog daripada filem ‘Tiga Abdul’.
Terdahulu, Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan pemecatan 17 ahlinya termasuk Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.
Ringkasan AI
- Beberapa hantaran di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia menimbulkan kekeliruan berkaitan pemecatan ahli
- Hantaran tersebut tidak selari dengan keputusan parti tentang tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpinnya
- Laman tersebut mengemaskini banner dengan poster 'UNDUR MUHYIDDIN'
- Dimuatnaik status dengan petikan dialog daripada filem 'Tiga Abdul' yang ditujukan kepada Ketua Penerangan Bersatu
- Lembaga Disiplin parti mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Machang kerana melanggar peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

