Maritim Malaysia gerak usaha ke arah pendigitalan

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som(kanan) diberikan penerangan berkaitan elemen pendigitalan ketika Seminar Pendigitalan Maritim Malaysia 2022 pada Jumaat.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som(kanan) diberikan penerangan berkaitan elemen pendigitalan ketika Seminar Pendigitalan Maritim Malaysia 2022 pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melancarkan Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia 2021-2025 dan Polisi Keselamatan Siber Maritim Malaysia menerusi Seminar Pendigitalan Maritim Malaysia 2022 pada Jumaat.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kedua pelan strategik ini dapat melakar kecemerlangan Maritim Malaysia sebagai salah satu agensi pengawal pantai yang terbaik di dunia.

"Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia 2021-2025 dibangunkan sejajar dengan halatuju Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

"Polisi Keselamatan Siber Maritim Malaysia dibangunkan selaras dengan keperluan ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) yang merupakan amalan terbaik mengikuti standard antarabangsa dalam menetapkan keperluan sistem pengurusan keselamatan maklumat mengikut konteks organisasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu mengulas mengenai penganjuran Seminar Pendigitalan Maritim Malaysia 2022, Zubil berkata, pendedahan ilmu berkaitan teknologi maklumat seperti ini pertama kali

diadakan.

"Pendigitalan ini dilihat sebagai salah satu usaha bagi Maritim Malaysia untuk melaksanakan transformasi digital supaya kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

"Sekaligus memanfaatkan teknologi baharu dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) termasuklah Internet of Things (IOT), data raya dan Artificial Intelligence (AI)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sebelum ini Maritim Malaysia telah membangun dan menggunakan sistem aplikasi dalam melaksanakan operasi harian sebagai sebuah agensi penguat kuasa.

"Antaranya, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi mengawal perairan negara dengan lebih berkesan.

"Maritim Malaysia juga sedang giat membangunkan Pusat Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer, Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan (C4ISR) sebagai melengkapi keperluan operasi," katanya.