JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan di rumah pengasuh

JKM Perak sedang mencari waris kanak-kanak yang dikenali Muhammad Affan Ammar. - Foto JKM Perak
JKM Perak sedang mencari waris kanak-kanak yang dikenali Muhammad Affan Ammar. - Foto JKM Perak
A
A
A

TAPAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ditinggalkan di rumah pengasuh.

Pelindung Kanak-Kanak Daerah Batang Padang, Perak Azmila Alis @ Alias berkata, kanak-kanak yang dikenali Muhammad Affan Ammar itu ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang, Selangor pada 8 Disember 2020 tanpa mengambilnya semula.

Menurutnya, bermula dari tarikh tersebut, kanak-kanak itu masih dipelihara oleh pengasuh berkenaan yang kini tinggal di daerah Batang Padang.

"Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Tapah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Sehingga kini waris kanak-kanak tersebut masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang di talian 05-401 1069 bagi membantu mengesan waris.

Artikel Berkaitan: