PKMD cari ibu bapa, waris kanak-kanak perempuan

Yaya
Yaya
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Cawangan Shah Alam sedang mencari ibu bapa kandung atau waris kepada kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Kanak-kanak dikenali sebagai Yaya itu tidak mempunyai pengenalan diri dijumpai oleh orang awam di Hurairah Cafe, Menara U, Seksyen 13 di sini pada 23 Disember 2019.

Menurut kenyataan PKMD Cawangan Shah Alam, ibu bapa atau waris diperlukan untuk berbincang dengan Pelindung Kanak-Kanak bagi mengetahui perancangan penempatan selanjutnya dengan kadar segera.

"Kami dalam usaha membantu mangsa pengabaian keluarga bagi mendaftar kelahiran, sekali gus mendapatkan dokumen pengenalan diri," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan itu berharap keluarga kandung atau waris tampil bagi membincangkan masa depan kanak-kanak tersebut.

"Mereka boleh hadir ke PKMD Cawangan Shah Alam di alamat Unit G2, Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, Shah Alam," jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak PKMD Cawangan Shah Alam, Fariszatul Erna Zubir di talian 03-5545 8903 atau e-mel ke alamat pkmd_shahalam@jkm.gov.my.