[VIDEO] Banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun

Mohd Shahriul bersama keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.
Mohd Shahriul bersama keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.
A
A
A

PONTIAN - Kejadian banjir kilat yang melanda enam buah kampung sekitar Kayu Ara Pasong pada Ahad susulan hujan lebat dan pertembungan air pasang besar disifatkan penduduk sebagai yang terburuk pernah dialami dalam tempoh 30 tahun.

Enam buah kampung tersebut ialah Kampung Parit Sapran, Kampung Parit Haji Omar, Jalan Mohsin, Kampung Parit Haji Siraj, Parit Lapis dan Kampung Parit Haji Abdul Rahman.

Seorang penduduk, Zanariah Zakaria, 53, berkata, air naik dengan cepat bermula jam 5 pagi dan dia sempat menyelamatkan pelbagai barang penting sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Zanariah bersama anaknya berlindung di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong selepas rumah mereka dilanda banjir pada Ahad.
Zanariah bersama anaknya berlindung di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong selepas rumah mereka dilanda banjir pada Ahad.

Jelasnya, pakaian dan buku sekolah dua orang anaknya berusia 8 dan 17 antara yang dapat diselamatkan dalam kejadian banjir kilat itu.

"Saya terkejut, air naik begitu cepat. Dalam tempoh kira-kira sejam air sudah mencecah sehingga 1 meter.

"Kali ini merupakan banjir yang terburuk pernah berlaku di sini dalam tempoh 30 tahun," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong pada Ahad.

Seorang lagi mangsa banjir, Mohd Shahriul Hafzan, 32, berkata, belum sempat hilang penat mengemas rumah susulan banjir kilat yang berlaku empat hari lalu, dia sekeluarga sekali lagi diuji dengan kejadian banjir yang lebih teruk pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Keadaan banjir sekitar Kayu Ara Pasong, Pontian.
Keadaan banjir sekitar Kayu Ara Pasong, Pontian.

"Saya menetap di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Haji Abdul Rahmah sejak 10 tahun lalu dan ini kali pertama saya berdepan dua kejadian banjir teruk dalam tempoh seminggu.

"Saya dan isteri Siti Adila Dania, 31, hanya memikirkan keselamatan lima orang anak berusia lima bulan 10 hingga tahun ketika banjir berlaku," katanya yang merupakan anggota polis bantuan.

Setakat jam 4 petang pada Ahad, seramai 70 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.