PRU15: PKR sedia calon terkuat tumbangkan 'pengkhianat'

Anwar merasmikan Pejabat PH negeri Perlis dan Pejabat PKR Cabang Kangar di Kangar pada malam Sabtu. Turut sama, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.
Anwar merasmikan Pejabat PH negeri Perlis dan Pejabat PKR Cabang Kangar di Kangar pada malam Sabtu. Turut sama, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.
A
A
A

KANGAR - PKR telah mengarahkan pimpinannya untuk menyediakan calon-calon terkuat untuk merampas kembali kerusi dipegang oleh 'pengkhianat' parti pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan nasib golongan ini akan berakhir dengan persaraan kerana mereka akan ditolak oleh rakyat.

Menurutnya, sejarah membuktikan belum ada pemimpin yang khianat kepada parti lamanya mampu bertahan kerana mereka hanya melakukan demi harta dan kuasa.

Saya beri mesej jelas (kepada 'pengkhianat), apa pun alasan diberikan, dia telah khianat dan akan ditolak. Mereka tidak pindah berdasarkan prinsip sebaliknya disebabkan harta dan kuasa. Orang yang khianat ini akan ditolak (oleh rakyat)

“Kita telah arahkan pimpinan tentukan calon-calon yang kuat untuk menumbangkan ‘pengkhianat-pengkhianat’ ini (pada PRU15),” katanya pada sidang akhbar di Kangar pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis di Pusat Khidmat Parlimen Kangar dan turut hadir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Berhubung sokongan kepada PKR menjelang PRU15 pula, Anwar menjelaskan PH mampu meraih keputusan positif berdasarkan beberapa isu, termasuk perpecahan yang berlaku di kalangan parti-parti yang menyokong kerajaan pimpinan Perdan Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kebangkitan rakyat juga sudah mula dirasakan apabila mereka menunjukkan sokongan luar biasa terhadap program mega PKR yang diadakan di beberapa tempat seperti di Gombak, Port Dickson dan Kuala Pilah.

Artikel Berkaitan:

"Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata Ismail Sabri gagal, Ismail Sabri kata Muhyiddin gagal, tanya saya, dua-dua gagal. Rakyat sedang memerhati.

"Nampak kebangkitan rakyat itu dirasakan, bukan disebabkan oleh penyokong tegar kita. Isu besar seperti kos sara hidup, kejatuhan ringgit, kerosakkan oleh rasuah dalam semua jabatan menyebabkan rakyat terbeban," ujar Anwar lagi.