Bayangkan apa yang akan berlaku jika air sisa kumbahan tidak dirawat

A
A
A

No Image Caption

Pernahkah anda terfikir ke manakah air sisa kumbahan dialirkan, bagaimana ia dirawat dan apakah kesan ke atas negara kita jika air sisa kumbahan tidak dirawat dengan betul? Lazimnya, perkara ini kurang diberi perhatian kerana perkhidmatan merawat sisa kumbahan adalah satu perkhidmatan di belakang tabir yang tidak dapat dilihat oleh pengguna.

Namun begitu, perkhidmatan pembetungan ini amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana air sisa kumbahan perlu dirawat sebelum ianya disalirkan semula ke dalam sistem pengairan. Air sisa kumbahan yang tidak dirawat sekiranya dilepaskan ke alur air seperti sungai dan tasik boleh menyebabkan pencemaran dan merosakkan ekosistem sungai. Lebih buruk lagi ia boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air.

Bayangkan kesannya jika penyakit bawaan air merebak di dalam negara. Bayangkan juga jika setiap hari kita terpaksa menghidu bau air kumbahan yang busuk, saluran parit dan longkang yang kotor atau pencemaran air sungai akibat sistem pembentungan yang tidak diselenggara dengan betul.

CABARAN IWK DALAM MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

No Image Caption



Tahukah anda, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mengeluarkan kira-kira 6,591 juta liter air sehari (MLD) daripada proses rawatan kumbahan, iaitu bersamaan kira-kira 2,428 saiz kolam renang Olimpik. IWK mengendali dan menyenggara 7,352 buah loji rawatan air kumbahan awam yang disalirkan melalui lebih daripada 22,000 km panjang paip pembetungan di bawah tanah tanpa henti setiap hari. Pada masa yang sama, IWK juga bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik sebanyak 1.38 juta buah tangki septik individu di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

IWK yang bertanggung jawab menguruskan perkhidmatan pembetungan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos bagi penyediaan perkhidmatan pembetungan. Keadaan menjadi lebih sukar apabila pendapatan tarif pembetungan tidak seimbang dengan kos perkhidmatan kerana tarif yang dikenakan tidak pernah diselaraskan sejak tahun 1994 atau bersamaan 28 tahun lepas.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tarif perkhidmatan pembetungan yang dikenakan IWK masih kekal pada kadar RM2.00 - RM8.00 sebulan berbanding purata kos sebulan RM18.00. Manakala, tarif bagi perkhidmatan pengosongan tangki septik adalah antara RM2.00 hingga RM6.00 sebulan berbanding kos yang ditampung iaitu RM22.00 sebulan.

KEPENTINGAN PELARASAN TARIF PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

No Image Caption



Dengan adanya pelarasan tarif perkhidmatan pembetungan, IWK selaku operator pembetungan negara dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan rakyat menikmati:

- Sumber Air Bersih

Pemuliharaan sumber air melalui penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan teknologi rawatan kumbahan terkini yang mampu merawat kumbahan sehingga mematuhi standard kualiti efluen terawat yang ketat oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum dilepaskan ke sungai atau badan air.

No Image Caption

- Kesihatan Awam yang Mampan

Rawatan air sisa kumbahan berkualiti dapat mengelakkan pencemaran sungai dan sumber air yang boleh mendatangkan penyakit bawaan air seperti taun, disentri, hepatitis dan sebagainya.

- Kelestarian Alam Sekitar

Perkhidmatan pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan yang cekap dan berkualiti adalah untuk alam sekitar, kualiti kehidupan sejagat dan kesejahteraan generasi masa hadapan.

Oleh itu, semua pihak perlu memberikan perhatian ke atas kepentingan perkhidmatan pembetungan yang cekap dan efisien bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan seterusnya pembangunan sosioekonomi negara.

No Image Caption