Projek bekalan Air Nenasi siap 34 peratus - Exco Pahang

Projek bekalan Air Nenas yang melibatkan kawasan dari Tanjung Agas ke Nenasi, Pekan sudah mencapai perkembangan sebanyak 34 peratus siap selepas kerja-kerja terbabit dimulakan semula. Gambar kecil: MOHAMMAD FAKHRUDDIN
Projek bekalan Air Nenas yang melibatkan kawasan dari Tanjung Agas ke Nenasi, Pekan sudah mencapai perkembangan sebanyak 34 peratus siap selepas kerja-kerja terbabit dimulakan semula. Gambar kecil: MOHAMMAD FAKHRUDDIN
A
A
A

KUANTAN - Projek bekalan Air Nenasi yang melibatkan kawasan dari Tanjung Agas ke Nenasi, Pekan sudah 34 peratus siap selepas kerja-kerja terbabit dimulakan semula.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menjelaskan laporan terkini mengenai kemajuan kerja sebenar projek ini melibatkan pembinaan semula Tangki Kampung Serun, Tangki Loji Rawatan Air Nenasi dan Tangki Sungai Miang.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan kerja-kerja bagi projek itu merekodkan kadar sembilan peratus lebih cepat daripada jadual asal kerja.

"Kita (Kerajaan Pahang) melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa memantau dengan serius bagi memastikan projek ini dapat disiapkan seperti dirancang.

"Ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah bekalan air Nenasi iaitu dari Kampung Api-Api, Tanjung Batu sehingga ke Merchong," katanya pada Isnin.

Sebelum itu, beliau memaklumkan projek terbabit telah diluluskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerja-kerja mula dilaksanakan 2017.

Tambahnya, projek ini telah siap hampir 80 peratus pada ketika itu namun ia terhenti selepas pertukaran kerajaan 2018 lalu.

"Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) amat prihatin dan memahami keperluan air bersih penting untuk rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Masalah air beberapa kawasan di seluruh negeri ini perlu diatasi segera dan rakyat berhak nikmati bekalan air dengan lebih sempurna," katanya.

Bagi menangani isu air, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar itu memberitahu kerajaan Pahang melalui PAIP telah memperuntukkan RM2.3 bilion sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi meningkatkan sistem bekalan air di seluruh negeri melibatkan 217 projek penting.

"Ini termasuk melaksanakan semula projek bekalan air Nenasi ini yang menelan belanja hampir RM19 Juta di mana apabila siapnya projek ini ianya akan beri manfaat kepada lebih 2500 akaun pengguna.

"Selain itu, sebanyak RM65.25 juta telah diperuntukkan Kerajaan Pahang untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di seluruh Daerah Pekan," katanya.