Pemandu e-hailing didakwa jadi dalang kegiatan pelacuran

Tertuduh (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown terhadap empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran pada Ogos lalu.
Tertuduh (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown terhadap empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran pada Ogos lalu.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran pada Ogos lalu.

Tertuduh, Lee Eng Seng, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan di sebuah hotel di Jalan CY Choy pada 30 Ogos lalu.

Keempat-empat pertuduhan dilakukan di tempat dan tarikh yang sama pada jam antara 5.55 petang hingga 8 malam.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahrezal Mohd Shukri manakala tertuduh diwakili peguam Tey Yi Kai.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mohammad Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan: