Sila log masuk terlebih dahulu.

Tak mampu bayar sewa, empat sekeluarga kini tinggal dalam bangsal

17 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 17 APRIL 2023

Sebuah keluarga termasuk seorang isteri yang sarat mengandung bersama dua anak perempuan berusia 4 dan 5 tahun, terpaksa berteduh di sebuah bangsal kereta dekat Kampung Sungai Batu di Merbok, Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Jamil Ahamad dan isterinya, Siti Norshahira Nabila Hamzah mengambil keputusan untuk balik ke kampung kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Seberang Perai Utara.

Bagaimanapun, keadaan rumah keluarga yang turut dihuni empat beradik lain serta anak saudara menyebabkan mereka tiada pilihan selain menjadikan bangsal kereta di hadapan rumah sebagai tempat berteduh.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com