Peralatan masih boleh beroperasi 25 tahun lagi: BNS

Azhar ketika menyampaikan taklimat dan lawatan tapak ke pembinaan gudang penyimpanan peralatan LCS oleh BNS di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Jumaat.
Azhar ketika menyampaikan taklimat dan lawatan tapak ke pembinaan gudang penyimpanan peralatan LCS oleh BNS di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Jumaat.
A
A
A

LUMUT - Peralatan bagi projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM1.7 bilion dalam simpanan gudang Boustead Naval Shipyard (BNS) masih boleh beroperasi untuk tempoh 25 tahun lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat berkata, jaminan itu diberikan pengilang peralatan asal (OEM) terutama berkaitan peralatan kritikal kawalan misi dan tempur.

"Ada yang mengatakan 15 peratus daripada peralatan disimpan sudah usang. Ini tidak tepat kerana apabila dikatakan usang bermakna sudah tidak boleh digunakan.

Antara peralatan pembinaan LCS yang tersimpan dalam gudang milik BNS.
Antara peralatan pembinaan LCS yang tersimpan dalam gudang milik BNS.

"Tetapi keadaan sebenar, dalam proses mengalami usang dan keusangan itu masih boleh diurus dan dipelihara sekiranya kita menjalankan penyelenggaraan rutin.

"Seperti peralatan elektronik yang masih disimpan dan belum ditempatkan dalam kapal, perkakas ini bersifat sensitif dan kita khuatiri boleh terjejas kerana cuaca panas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat dan lawatan tapak ke pembinaan PCS oleh BNS di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini, pada Jumaat.

Dalam lawatan sekitar dua jam itu, seramai 48 media pelbagai agensi dibawa melihat sendiri perkembangan lima LCS yang kini dalam proses pembinaan.

Kumpulan media juga dibawa meninjau tiga gudang simpanan kapal BNS yang menempatkan perkakasan berkaitan projek LCS.

Tinjauan mendapati, kesemua peralatan itu disimpan dalam keadaan teratur dengan setiap satu mempunyai label tertera butiran maklumat dan tarikh penghantaran.

Pada Jumaat, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh memaklumkan, kira-kira 15 peratus daripada barangan yang diperoleh dalam simpanan dengan nilai RM1.7 billion dikira usang dengan kerugian dianggarkan melebihi RM263 juta.

Masalah keusangan perkakasan LCS masih boleh diurus dan dipelihara sekiranya penyelenggaraan rutin dijalankan.
Masalah keusangan perkakasan LCS masih boleh diurus dan dipelihara sekiranya penyelenggaraan rutin dijalankan.

Ini termasuklah beberapa bungkusan TV pintar untuk kegunaan LCS disimpan di gudang berkenaan untuk tempoh beberapa tahun.

Beliau turut mempertikaikan, sama ada perkakasan yang diperoleh sejak 2013 itu masih berupaya untuk digunakan, mengambil kira kemajuan telnologi terkini.

Azhar berkata, adalah tidak adil untuk menyamakan elemen televisyen itu dengan keseluruhan peralatan yang disimpan sebagai usang.

"Televisyen, bukan peralatan kritikal kawalan misi tempur kerana untuk aktiviti riadah kru kapal.

"Jadi adalah tidak adil sepenuhnya untuk menyamakan TV usang dengan kapal tentera," katanya.