Mahkamah tolak permohonan peguam bela Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Makamah Tinggi Kuala Lumpur jam 2 petang tadi bagi mengikuti perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Makamah Tinggi Kuala Lumpur jam 2 petang tadi bagi mengikuti perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pasukan peguam bela Najib untuk menangguhkan perbicaraan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Ghazali membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam bela dan hujahan balas pendakwa raya sebelum membenarkan perbicaraan dimulakan dengan Peguam Negara Tommy Thomas membentangkan ucapan pembukaan kes pendakwaan mengikut Seksyen 179 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu sebaik prosiding bermula, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan, selain telah memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan, pihaknya juga telah memfailkan notis usul untuk mencabar pertuduhan-pertuduhan ke atas bekas perdana menteri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Najib jadi tumpuan utama hari ini

Beliau berkata, prosiding perbicaraan itu wajar ditangguhkan kerana notis usul telah difailkan pagi tadi selain pendengaran permohonan semakan yang dikemukakan mereka juga ditetapkan untuk pendengaran pada esok hari.

Bagaimanapun Thomas membantah hujahan tersebut sebaliknya menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan notis usul tersebut.

Selain itu, Thomas menegaskan perbicaraan itu wajar diteruskan kerana tarikh perbicaraan telah ditetapkan sejak Ogos tahun lalu, malah pihak pendakwaan juga telah bersedia dengan saksi-saksi yang akan memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram pula menegaskan, pasukan peguam bela boleh mengemukakan semua bentuk bantahan melalui proses perbicaraan.

Artikel Berkaitan: