Kes Najib jadi tumpuan utama hari ini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 2 petang ini bagi perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM/ZAHID IZZANI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 2 petang ini bagi perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM/ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [LANGSUNG] Selepas beberapa kali tertangguh, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan sebagai hari pertama perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International membabitkan tujuh pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Prosiding bermula jam 2 petang ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Ghazali.

Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai barisan pasukan pendakwaan manakala Najib diwakili peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

No Image Caption

Najib, 65, sebelum ini mengaku tidak bersalah dan beliau akan dibicarakan atas pertuduhan iaitu merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

IKUTI LANGSUNG PERBICARAAN NAJIB

12:00 tengah hari: Suasana di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi masih lengang.

12:10 tengah hari: Pengamal media mula memenuhi kawasan pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Pengamal media mula memenuhi kawasan pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM & ZAHID IZZANI
Pengamal media mula memenuhi kawasan pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM & ZAHID IZZANI

12:50 tengah hari: Pengamal media mula mengambil pas untuk masuk ke kamar perbicaraan.

1:24 petang: Pengamal media mula membanjiri pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

1.50 petang: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disambut penyokongnya dengan bacaan doa.

Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM & ZAHID IZZANI
Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM & ZAHID IZZANI



1.56 petang: Najib yang memakai sut biru gelap memasuki kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3, yang berada di tingkat empat sayap kanan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

No Image Caption

2.05 petang: Penyokong Najib kelihatan memenuhi pekarangan Komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

No Image Caption

2.00 petang: Bekas MP Padang Serai, N. Gobalakrishnan kecoh di hadapan mahkamah kerana tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis

2.10 petang: Sidang mahkamah bermula. Najib memasuki kandang tertuduh.

No Image Caption

Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan memperkenalkan barisan pendakwa raya dan peguam bela yang mengikuti kes itu.

Selain Thomas, pasukan pendakwaan itu terdiri daripada Sulaiman Abdullah, Sithambaram Vairavan, manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donlad Jospeh Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheing Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashrof Adril Kamaril dan Muhammad Izzat Fauzan.

Dalam pada itu, Najib diwakili barisan peguam bela yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Selain itu, peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Datuk kamarul Hisham Kamaruddin, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammd Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

No Image Caption

Galeri awam mahkamah dipenuhi seramai 30 media bertugas iaitu seramai 15 media tempatan dan 15 media dari luar negara.

No Image Caption

2.15 petang: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya telah memfailkan satu tindakan pagi ini untuk mencabar pertuduhan ke atas anak guamnya.

2.17 petang: Tommy Thomas mempertikaikan tindakan tersebut kerana disifatkan terlalu lambat sedangkan perbicaraan kes itu telah ditetapkan sejak Ogos tahun lepas.

Sementara itu, di lobi mahkamah, kelihatan Wanita UMNO turut hadir memberikan sokongan kepada Najib.

2.30 petang: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown turut hadir ke perbicaraan Najib namun hampa apabila tidak dibenarkan masuk ke kamar mahkamah.

No Image Caption

2.50 petang: Selepas lebih setengah jam berhujah, Hakim Nazlan menolak permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan.

2.52 petang: Perbicaraan dimulakan. Pertuduhan pindaan ke atas Najib dibacakan semula.

2.55 petang: Najib mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan mahu dibicarakan.

No Image Caption

3.00 petang: Thomas membacakan ucapan pembukaan yang antara lain menerangkan mengenai pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap Najib.

3.20 petang: Peguam Najib, Harvinderjit Singh membantah ucapan pembukaan yang dibacakan.

3.24 petang: Saksi pertama dipanggil Muhamad Akmaludin Abdullah, 35, iaitu Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM).

No Image Caption

4.15 petang: Suasana di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang awalnya tenang tiba-tiba bertukar kecoh apabila penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan provokasi terhadap Editor Sarawak, Clare Rewcastle Brown

Foto:ZAHID IZZANI
Foto:ZAHID IZZANI



5.40 petang: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini. - Foto:ZAHID IZZANI