LHDN: Najib sedang kumpul bukti

Najib Razak - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Najib Razak - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mengumpulkan bukti supaya jumlah tuntutan bayaran cukai yang diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.5 bilion ke atasnya boleh dipertimbangkan semula.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, cara pengiraan cukai yang dikenakan terhadapnya sebanyak RM1.5 bilion menimbulkan tanda tanya dan tidak adil.

“Kita akan minta kaji semula dan kita akan cari cara spesifik mengikut proses memandangkan pengiraan asas, definisi pendapatan yang dikira (LHDN) juga sangat menimbulkan tanda tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: LHDN minta Najib bayar RM1.5 bilionbilion

“Kakitangan bahagian cukai saya sedang mengusahakannya, sebab kami rasa jumlah itu (RM1.5 bilion) sangat tidak adil, kami akan cara macam mana kiraan itu dibuat mengikut poses.

“Saya akan kemukakan semua bukti berdasarkan fakta bagi pihak saya,” kata Najib ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam media melaporkan, LHDN menuntut cukai tambahan daripada Najib sebanyak RM1.5 bilion bermula 2011 hingga 2017.

Memetik sumber yang tidak dinamakan berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak mengisytihar harta kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, lapor The Edge Financial Daily.

Artikel Berkaitan:

Laporan itu juga menyebut jumlah berkenaan termasuk RM2.6 bilion yang ditegaskan oleh Najib bahawa ia adalah dana sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Surat yang menyebut jumlah cukai tambahan itu dilaporkan telah dihantar kepada Najib minggu lalu.