Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 terus 'diserbu'

Kairin Romeena (kanan) dan Apparavoo (kiri) turut serta berbuka puasa di Iftar Sinar Mydin
Kairin Romeena (kanan) dan Apparavoo (kiri) turut serta berbuka puasa di Iftar Sinar Mydin
A
A
A

SEREMBAN - Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 yang berlangsung di lokasi keempat, Mydin Seremban 2 di sini pada Jumaat terus mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 1,000 pengunjung yang hadir.

Seawal jam 5 petang, orang ramai sudah mula beratur untuk mendapatkan tempat.

Sementara menanti waktu berbuka puasa, pengunjung dihiburkan dengan persembahan nyanyian anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr Fitri Haris.

Selain itu, turut diadakan penyampaian sumbangan baju raya untuk pelajar Madrasah Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa.

Hampir 1,000 penyertaaan di Iftar Sinar Mydin 2026 di Mydin Seremban 2.
Hampir 1,000 penyertaaan di Iftar Sinar Mydin 2026 di Mydin Seremban 2.

Pengunjung, Mohd Hafizun Nizam Mohd Yusof,52 berkata,dia berpeluang menyertai program tersebut buat kali kedua selepas menyertainya kali pertama di Melaka.

"Kawan saya yang beritahu berkenaan program ini dan memandangkan Seremban tidak jauh dengan Melaka, jadi saya datang membawa keluarga ke sini.

"Sambil itu, boleh kami membeli baju raya di Mydin yang barangnya bukan saja murah, tapi juga berkualiti,"katanya yang tinggal di Melaka.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, inisiatif dilakukan oleh pasar raya terbabit boleh dijadikan contoh oleh pihak lain dalam usaha membantu masyarakat khususnya golongan B40 untuk menikmati juadah berbuka puasa.

Nor Azlan Ali, 40 juga sanggup datang dari Melaka ke Seremban semata-mata untuk menyertai program berkenaan.

"Anak-anak pun seronok dan pada masa sama dapat berjalan-jalan di Seremban.

"Saya tahu Mydin anjurkan program ini setiap kali Ramadan, tapi baru tahun ini saya berkesempatan menyertainya dan pengalamannya sangat menyeronokkan,"katanya.

Tambahnya, meskipun tidak mengenali pengunjung lain, namun konsep berbuka berjemaah seperti itu menjadikan mereka seperti satu keluarga besar.

Pelajar Istitut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Nur Balqis Midi, 21, pula teruja menyertai program tersebut kerana tertarik dengan konsepnya.

"Saya dan dua orang kawan buat keputusan untuk datang ke sini kerana kami nak rasa suasana berbuka puasa beramai-ramai.

Nur Balqis (kanan) bersama dua rakannya teruja kali pertama menyertai Iftar Sinar Mydin
Nur Balqis (kanan) bersama dua rakannya teruja kali pertama menyertai Iftar Sinar Mydin

"Kalau tak pun, kami hanya berbuka di kampus saja. Bagi saya usaha pihak Mydin ini sangat baik untuk semua orang, harap Mydin dimurahkan rezeki,"ujarnya.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez International(Cadbury), Kairin Romeena Abdul Rauf berkata, pihaknya bekerjasama dengan Mydin buat tahun kedua bagi menjayakan program terbabit kerana mereka mempunyai objektif yang sama.

Beliau yang kali pertama hadir untuk bersama-sama berbuka puasa di program berkenaan turut tidak menyangka penyertaan orang ramai sangat menggalakkan.

Sumbangan baju raya kepada pelajar Madrasah Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa
Sumbangan baju raya kepada pelajar Madrasah Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa

"Walaupun kali kedua Cadbury bekerjasama dengan Mydin untuk program ini, tapi ini kali pertama saya turut serta dan suasananya sangat meriah.

"Cadbury sendiri mempunyai tema di belakang produk kita iaitu 'Generosity' yang mana kita nak salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Mydin juga mempunyai objektif sama," katanya.

Ringkasan AI

  • Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 di Mydin Seremban 2 mendapat sambutan hangat dengan kehadiran hampir 1,000 pengunjung
  • Penyertaan pengunjung termasuklah mereka yang datang dari Melaka untuk menikmati suasana berbuka puasa bersama
  • Pengunjung dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr Fitri Haris
  • Diadakan juga penyampaian sumbangan baju raya untuk pelajar Madrasah Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa
  • Inisiatif ini dipuji sebagai contoh usaha membantu golongan B40 menikmati juadah berbuka puasa dan membeli baju raya yang murah serta berkualiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!