Adakah mudah Pas menerima UMNO kembali?

 Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

SHAH ALAM - Pas memandang kehadapan dalam isu jalinan kerjasama parti itu dengan UMNO.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, yang berlalu biar berlalu, meskipun Pas pernah mengalami sejarah 'pahit' pada suatu ketika tatkala pernah menjalin kerjasama politik dengan parti Melayu berkenaan.

"Ikut sejarah sebelum Pas menyertai BN pada 1973, berlaku tangkapan ISA yang mana mereka yang ditangkap adalah ulamak, lepas itu kita juga pernah kerjasama dengan DAP, bersama PKR tahun 1999.

"Perkara rundingan dan duduk semeja dengan pelbagai pihak, maka bagi kita apa yang telah berlalu biar berlalu apa yang mahu kita lihat adalah proses di hadapan," katanya dalam Wacana Sinar Harian kali ke-99 yang berjudul Pas-UMNO bergabung, apa kesan demografi politik, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan moderator Nazri Kahar yang bertanyakan sama ada Pas sudah boleh menerima UMNO, susulan 'permusuhan' kedua-dua parti itu yang berlangsung sejak lama.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, selain itu punca jalinan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu berlaku adalah kerana situasi semasa pemerintahan PH ketika ini.

"Kita hadapi politik kini yang semakin parah, kita sedari ada 'something wrong' berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: