Erwin Pengarah baharu JPEN WPKL

Erwin menerima nota serah tugas daripada Devaraj.
Erwin menerima nota serah tugas daripada Devaraj.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Erwin Khairul Ahmad dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPEN WPKL) yang baharu.

Erwin, 44 menggantikan S.Devaraj yang bertukar sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Selangor.

Erwin sebelum ini berpengalaman bertugas di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Bahagian Media Siber dan Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, ibu pejabat Jabatan Penerangan Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penolong penerbit rancangan TV (kontrak) di JAKIM pada 1999 sebelum menyertai Jabatan Penerangan pada tahun 2001.

Erwin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dan juga Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Penyiaran kedua-duanya daripada UITM Shah Alam.

Artikel Berkaitan: