Memerang kecil maskot Kejohanan SPBT Pahang 2019

Rose Shamsul diberi taklimat ringkas berhubung logo Kejohanan SPBT Ke-VIII disampaikan Kartunis Aza.
Rose Shamsul diberi taklimat ringkas berhubung logo Kejohanan SPBT Ke-VIII disampaikan Kartunis Aza.
A
A
A

PEKAN - Memerang kecil atau nama saintifiknya Syn Amblonyx Cinereus dipilih sebagai maskot rasmi Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) Negeri Pahang ke-VIII, Pekan 2019 yang dijadualkan berlangsung di sini, 15 hingga 18 Ogos depan.

Maskot yang julung kali diperkenalkan pada kejohanan sukan dwi tahunan itu dinamakan sebagai Atan, satu nama panggilan mesra yang sinonim bagi masyarakat setempat.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Datuk Rose Shamsul Abdul Razak berkata, Atan bukan sahaja maskot SBPT Negeri Pahang ke-VIII malah ia juga menjadi ‘ikon’ dalam mempromosikan bandar Pekan.

Menurutnya, sebagai tuan rumah pada kejohanan kali kelapan, MDP mengambil langkah besar dalam menerima kunjungan kira-kira 1,500 atlet termasuk pegawai dari PBT di negeri ini yang akan menyertai kejohanan tersebut.

“Sebanyak 12 kontinjen akan mengambil bahagian bagi merebut 32 pingat melalui 15 acara yang akan dipertandingkan.

“Kita sudah mengenalpasti venue pertandingan di sekitar bandar Pekan dan venue utamanya di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, Ketapang Tengah di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran logo kejohanan itu di Dewan kelab Golf Diraja Pakan di sini, semalam.

Rose Shamsul berkata, maskot Atan yang akan diperkenalkan nanti antara kelainan pada SPBT Negeri Pahang edisi kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Kejohanan ini sebagai platform terbaik dalam mempromosikan daerah Pekan justeru kita mengambil beberapa inisiatif supaya ia boleh memberi impak langsung bagi mencapai matlamat itu,” katanya.

Beliau berkata, logo kejohanan yang dilancar semalam hasil sentuhan kreatif kartunis terkenal kelahiran Felda Padang Piol, Jerantut, Abd Razak Sofhi atau Aza.