Agong rasmi Kejohanan Karate Asia ke-19

Al-Sultan Abdullah berkenan memalu gong sebagai gimik perasmian Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.
Al-Sultan Abdullah berkenan memalu gong sebagai gimik perasmian Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.
A
A
A

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ketibaan Seri Paduka pada 4.28 petang itu diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Presiden Persekutuan Karate Sedunia (WKF), Antonio Espinos; Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF), Mej Jen Nasser Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Seri Paduka, ketika merasmikan kejohanan tersebut bertitah agar rakyat Melaka memberikan sokongan padu kepada atlet karate negara.

"Saya kagum dengan persiapan (untuk kejohanan karate ini). Tahniah dan syabas kepada penganjur. Saya berdoa semoga ahli karate Malaysia akan berjaya,” titah Seri Paduka.

Seramai 388 mewakili 32 negara termasuk penyandang juara keseluruhan Jepun, akan bersaing pada kejohanan itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Kejohanan Para Karate Asia Edisi kedua juga akan berlangsung serentak. - Bernama