Demam Babi Afrika: Selangor rujuk Jabatan Kesihatan Negeri

Amirudin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di STDC di sini pada Rabu.
Amirudin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di STDC di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berhubung penyakit Demam Babi Afrika (ASF) meskipun tiada kes pengesanan dilaporkan di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan merujuk perkara itu kepada Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Setakat ini belum ada (terima) laporan (pengesanan ASF) lagi dan masih menunggu laporan terbaru daripada JKNS," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini pada Rabu.

Amirudin berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan JKNS diminta mengambil tindakan sewajarnya meskipun tiada pengesanan kes berlaku di negeri ini.

"Sudah pasti JPV dan JKNS akan melakukan pemantauan berterusan bagi mengelakkan kes ini berlaku di Selangor," jelasnya.

Sebelum ini, Negeri Sembilan mencatatkan kes pertama virus ASF di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut Port Dickson pada 8 April lalu.

Dua kes positif itu disahkan menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari Perak.

Artikel Berkaitan: